Monday 21 November 2011

perasaanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, apa khabar hari ini? sudah makan? topik hari ini tentang perasaan saya semalam, entah kenapa dan mengapa hati saya resah dan bimbangkan seseorang. tanpa mendapat  sebarang khabar berita tentang kepulangannya balik ke rumah sewa. sudah menjadi kebiasaan kepada teman serumah merisaukan sahabatnya, saya sangkakan dirinya sudahpun sampai di rumah, tetapi sebaliknya. alhamdulilah dia sampai jugak walaupun awal pagi tadi. segala kerisauan dan kebimbangan hilang.... alhamdulilah...bersyukur kepada Allah


Friday 18 November 2011

lagu yang menyentuh perasaan

s
sumber : youtube

jangan jadi macam ini

entah la, hati ini memang susah hendak percayakan kaum hawa, kadang-kadang terpaksa mempercayai apa yang diberitahu, adakah aku ini jenis pendam perasaan atau tidak dapat menerima hakikat ke atas apa yang berlaku pada ketika dahulu. aku bukan lelaki yang sempurna dan baik, kadang kala dengan sikap aku yang susah hendak percaya kaum hawa membuatkan aku selalu sangsi dengan kaum hawa, " apa yang aku tahu jangan menilai seseorang itu dengan paras rupa, cara pemakaiannya, kerana dengan sekadar melihat segi luar belum cukup untuk kita hendak mengetahui peribadi seseorang itu, betul cakap orang. pengalaman banyak mengajar erti hidup, tetapi kenapa manusia masih tidak mahu berubah, adakah sebab ego, merasakan dirinya itu terbaik ataupun memang jenis tidak dengar nasihat? aku akui susah hendak mengenali seseorang itu. apa-apa pun kita hendaklah mencuba hidup hubungan sesama kita, bagi mengeratkan ukhwah. aku memohon maaf sekiranya pendapat aku menguris mana-mana pihak. (^__^) sekian

maju ke hadapan

terlebih dahulu saya hendak mengucapkan tahniah kepada pasukan bola Malaysia dengan kemenangan 1-0 dengan pasukan bola indonesia. topik kali ini tentang kemahuan untuk memperolehi kejayaan. setiap kegagalan yang dialami jangan la kita begitu mudah putus asa kerana setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersembunyi. kejayaan itu bukan perkara yang datang dengan mudah, kita hendaklah berusaha dalam memperolehinya. Di dalam berusaha untuk kejayaan masa hadapan, kita JANGAN lupa untuk berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa. insyallah dipermudahkan urusan kita. marilah kita berpesan sesama kita, insyallah moga hidup dalam keberkatan dan direhdai amin....

Wednesday 16 November 2011

blazer oh blazer

buka semester, kawan-kawan sibuk mencari blazer sebab semester ini semua siswa dan siswi kos yang berkaitan dikehendaki memakai blazer, terdapat pelbagai jenis blazer berada di pasaran bagi memenuhi citarasa manusia yang pelbagai. harga blazer ini pelik jugak saya lihat kerana ada sesetengah kedai harganya mahal dan ada yang murah. bagi yang kurang kemampuan bundle menjadi pilihan mereka dalam mendapatkan blazer malah ada dikalangan kawan-kawan menempah blazer tersebut dari tukang jahit yang berpengalaman. bagi saya cukup dengan apa yang ada kerana hidup dalam kesederhanaan ini banyak mengajar kita erti kehidupan. sebelum terlupa, saya merasa janggal kerana terpaksa memakai blazer ke kelas ataupun kuliah, rela ataupun tidak terpaksalah memakai blazer tersebut, kalau tak pakai dimarahi pensyarah pulak kan.. semoga berjaya dengan pembukaan semester baru ini, dan dapat menyiapkan latihan ilmiah anda dengan baik.

sifat manusia

dalam topik hari ini tentang sifat manusia itu sendiri, memang tidak dinafikan pelbagai ragam dan sifat manusia yang boleh kita lihat di depan mata kita sekarang. sebagai contoh diri saya, sepanjang pemerhatian, kadang-kadang saya terasa geli hati kerana perbuatan seseorang itu mengingatkan saya tentang diri saya yang terdahulu. sapa yang lebih mengenali diri sendiri kalau bukan diri kita sendiri. kadang-kadang terasa marah mengapa manusia boleh bertindak lebih kejam dari bintang yang mana tidak mempunyai akal fikiran macam manusia. mungkin ini salah satu tanda berlakunya hari kiamat. satu pembohongan boleh menimbulkan lagi banyak masalah dan pembohongan akan berlaku lagi..

Monday 8 August 2011

ramadhan al-mubarak

Masa berlalu tanpa kita sedar. sedar2 je dh masuk bulan ramadhan. ini menunjukan umur semakin meningkat, keunikan bulan ramadhan nie ialah setiap orang akan mengetahui bila masuk waktu berbuka (azan magrib) dan masuk waktu tamatnya bersahur (azan subuh), selain 2 juadah berbuka di bazar-bazar ramadhan. terdapat pelbagai juadah yang mana sebelum ini belum pernah kita rasa makanan tersebut dan nama-nama juadah yang tidak pernah kita tahu, boleh kita dapati di bazar ramadhan. pelik tapi itu adalah realiti..