Friday 18 November 2011

jangan jadi macam ini

entah la, hati ini memang susah hendak percayakan kaum hawa, kadang-kadang terpaksa mempercayai apa yang diberitahu, adakah aku ini jenis pendam perasaan atau tidak dapat menerima hakikat ke atas apa yang berlaku pada ketika dahulu. aku bukan lelaki yang sempurna dan baik, kadang kala dengan sikap aku yang susah hendak percaya kaum hawa membuatkan aku selalu sangsi dengan kaum hawa, " apa yang aku tahu jangan menilai seseorang itu dengan paras rupa, cara pemakaiannya, kerana dengan sekadar melihat segi luar belum cukup untuk kita hendak mengetahui peribadi seseorang itu, betul cakap orang. pengalaman banyak mengajar erti hidup, tetapi kenapa manusia masih tidak mahu berubah, adakah sebab ego, merasakan dirinya itu terbaik ataupun memang jenis tidak dengar nasihat? aku akui susah hendak mengenali seseorang itu. apa-apa pun kita hendaklah mencuba hidup hubungan sesama kita, bagi mengeratkan ukhwah. aku memohon maaf sekiranya pendapat aku menguris mana-mana pihak. (^__^) sekian

No comments:

Post a Comment