Monday 21 November 2011

perasaanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, apa khabar hari ini? sudah makan? topik hari ini tentang perasaan saya semalam, entah kenapa dan mengapa hati saya resah dan bimbangkan seseorang. tanpa mendapat  sebarang khabar berita tentang kepulangannya balik ke rumah sewa. sudah menjadi kebiasaan kepada teman serumah merisaukan sahabatnya, saya sangkakan dirinya sudahpun sampai di rumah, tetapi sebaliknya. alhamdulilah dia sampai jugak walaupun awal pagi tadi. segala kerisauan dan kebimbangan hilang.... alhamdulilah...bersyukur kepada Allah


Friday 18 November 2011

lagu yang menyentuh perasaan

s
sumber : youtube

jangan jadi macam ini

entah la, hati ini memang susah hendak percayakan kaum hawa, kadang-kadang terpaksa mempercayai apa yang diberitahu, adakah aku ini jenis pendam perasaan atau tidak dapat menerima hakikat ke atas apa yang berlaku pada ketika dahulu. aku bukan lelaki yang sempurna dan baik, kadang kala dengan sikap aku yang susah hendak percaya kaum hawa membuatkan aku selalu sangsi dengan kaum hawa, " apa yang aku tahu jangan menilai seseorang itu dengan paras rupa, cara pemakaiannya, kerana dengan sekadar melihat segi luar belum cukup untuk kita hendak mengetahui peribadi seseorang itu, betul cakap orang. pengalaman banyak mengajar erti hidup, tetapi kenapa manusia masih tidak mahu berubah, adakah sebab ego, merasakan dirinya itu terbaik ataupun memang jenis tidak dengar nasihat? aku akui susah hendak mengenali seseorang itu. apa-apa pun kita hendaklah mencuba hidup hubungan sesama kita, bagi mengeratkan ukhwah. aku memohon maaf sekiranya pendapat aku menguris mana-mana pihak. (^__^) sekian

maju ke hadapan

terlebih dahulu saya hendak mengucapkan tahniah kepada pasukan bola Malaysia dengan kemenangan 1-0 dengan pasukan bola indonesia. topik kali ini tentang kemahuan untuk memperolehi kejayaan. setiap kegagalan yang dialami jangan la kita begitu mudah putus asa kerana setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersembunyi. kejayaan itu bukan perkara yang datang dengan mudah, kita hendaklah berusaha dalam memperolehinya. Di dalam berusaha untuk kejayaan masa hadapan, kita JANGAN lupa untuk berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa. insyallah dipermudahkan urusan kita. marilah kita berpesan sesama kita, insyallah moga hidup dalam keberkatan dan direhdai amin....

Wednesday 16 November 2011

blazer oh blazer

buka semester, kawan-kawan sibuk mencari blazer sebab semester ini semua siswa dan siswi kos yang berkaitan dikehendaki memakai blazer, terdapat pelbagai jenis blazer berada di pasaran bagi memenuhi citarasa manusia yang pelbagai. harga blazer ini pelik jugak saya lihat kerana ada sesetengah kedai harganya mahal dan ada yang murah. bagi yang kurang kemampuan bundle menjadi pilihan mereka dalam mendapatkan blazer malah ada dikalangan kawan-kawan menempah blazer tersebut dari tukang jahit yang berpengalaman. bagi saya cukup dengan apa yang ada kerana hidup dalam kesederhanaan ini banyak mengajar kita erti kehidupan. sebelum terlupa, saya merasa janggal kerana terpaksa memakai blazer ke kelas ataupun kuliah, rela ataupun tidak terpaksalah memakai blazer tersebut, kalau tak pakai dimarahi pensyarah pulak kan.. semoga berjaya dengan pembukaan semester baru ini, dan dapat menyiapkan latihan ilmiah anda dengan baik.

sifat manusia

dalam topik hari ini tentang sifat manusia itu sendiri, memang tidak dinafikan pelbagai ragam dan sifat manusia yang boleh kita lihat di depan mata kita sekarang. sebagai contoh diri saya, sepanjang pemerhatian, kadang-kadang saya terasa geli hati kerana perbuatan seseorang itu mengingatkan saya tentang diri saya yang terdahulu. sapa yang lebih mengenali diri sendiri kalau bukan diri kita sendiri. kadang-kadang terasa marah mengapa manusia boleh bertindak lebih kejam dari bintang yang mana tidak mempunyai akal fikiran macam manusia. mungkin ini salah satu tanda berlakunya hari kiamat. satu pembohongan boleh menimbulkan lagi banyak masalah dan pembohongan akan berlaku lagi..

Monday 8 August 2011

ramadhan al-mubarak

Masa berlalu tanpa kita sedar. sedar2 je dh masuk bulan ramadhan. ini menunjukan umur semakin meningkat, keunikan bulan ramadhan nie ialah setiap orang akan mengetahui bila masuk waktu berbuka (azan magrib) dan masuk waktu tamatnya bersahur (azan subuh), selain 2 juadah berbuka di bazar-bazar ramadhan. terdapat pelbagai juadah yang mana sebelum ini belum pernah kita rasa makanan tersebut dan nama-nama juadah yang tidak pernah kita tahu, boleh kita dapati di bazar ramadhan. pelik tapi itu adalah realiti..

hilang diri

setelah kian lama menyepi, kini saya kembali kepada dunia blogger, (@_@), banyak isu dan perkara yang hendak di kongsi bersama,

Sunday 27 March 2011

anakku~

hai semua, ini merupakan hasil pembelian aku masa cuti semester ini. comel n agak kuat makan cm tuan dye. sepasang kura-kura yang lama diidamkan trcapai jugak.

kahwin oh kahwin

Pelik tetapi ianya satu kebenaran, insyallah dalam beberapa tahun lagi sahabat aku akan merempuh alam pernikahan yang mana dia akan mula menyara isteri dan anaknya nanti. aku doakan bahagia dan murah rezeki. lepas ini aku tidak dapat lagi nk lepak kt sana, x nk menganggu pulak. good luck for your life (@_@)

Wednesday 16 March 2011

kepulangan yang di nanti-nantikan

Kepada ibu, ayah, dan mereka yang merisaukan diriku ini, mohom maaf ye. bukan aku sahaja x nk blk ke kampung halaman lagi, hanya perasaan x tenang untuk pulang ( nk bwk moto) insyallah dalam hujung minggu ini anakanda akan pulang ye. terima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan dan nasihat kepada diriku ini. Hanya Allah menbalas jasa baik kamu semua.

Friday 11 March 2011

sunyi sepi


Seharian hujan turun di bumi bangi ini, perasaan malas muncul dalam diri ini untuk melakukan apa-apa aktiviti. di samping itu juga aku duduk keseorangan di dalam rumah ini kerana semua kawan telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing, aku merasa tenang dan selesa kerana keadaan rumah yang sunyi sepi. mari sama-sama kita layan lagu dari bruno mars yang bertajuk lazy song. layan (~_~)

Add caption

shisha (+__+)

minggu lepas saya mengisap shisha special, apa yang special? yang itu jadi persoalannya. shisha yang saya hisap ini bekas tembakau dia ini diperbuat dari pada nenas, pelik kepada sesiapa yang tidak biasa. ini merupakan pertama kali bagi saya, rasa pening itu jangan la tanya ye, sampai berdengung telinga ini, jangan amalkan selalu (+__+)

KONFLIK RUMAH TANGGA

SEMALAM SAYA TELAH MENYAKSIKAN DRAMA DUNIA YANG MANA BERLAKU KONFLIK KEKELUARGAAN, TUJUAN SAYA BUKAN HENDAK MENGUMPAT ATAU MENBURUKKAN MANA-MANA PIHAK, HANYA DIBUAT PENGAJARAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PADA PERKAHWINAN SAYA KELAK, SETIAP ORANG MENGHARAPKAN KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN DALAM PERKAHWINAN, KATA USTAZ, BILA SUDAH BERKAHWIN NANTI. BANYAKLAH BERSABAR. INSYALLAH RUMAH TANGGA AKAN BAHAGIA. (^_^)

nasi arab (@_@)

BUAT MASA INI SAYA AKAN MENCERITAKAN TENTANG PENGALAMAN SAYA MENCUBA JUADAH DARI TANAH ARAB,
ALHAMDULILAH IANYA PASTI MENGEYANGKAN PERUT, WALAUPAN HARGANYA AGAK MAHAL TETAPI BERBALOI DENGAN KEPUASAN YANG DIKECAPI LEPAS MENJAMU JUADAH TERSEBUT. CUBALAH SENDIRI AKAN KESEDAPAN JUADAH TERSEBUT. (@_@)

Friday 4 March 2011

sampah dan jiran

isu kali ini membincangkan konflik yang berlaku. di mana kedua-hal ini berkaitan dalam kehidupan masyarakat kita pada ketika ini. janganlah kita merasa pelik dan hairan jika suatu pergaduhan yang berlaku hanya disebabkan oleh sampah. kita seharusnya tahu bahawa kebersihan itu separuh daripada iman, jika kita tidak menjaga kebersihan maka tidak sempurnalah iman kita. kesimpulan yang boleh kita ambil jangan membuang sampah merata-rata tempat dan hormatilah jiran kita itu. Ingat kebersihan itu penting dalam kehidupan manusia.

Thursday 3 March 2011

nasihatku kepada dirimu

sekarang musim cuti semester, masa untuk kita berehat lepas 6 bulan menuntut ilmu, dalam keseronokkan bercuti kita hendaklah berpesan pada diri kita supaya berhati-hati dan tidak terlalu leka dengan keseronokkan yang dikecapi itu, kerana bimbing akan keseronokkan itu akan berakhir dengan satu musibah yang kita sendiri tidak ketahui. 

Monday 28 February 2011

balik ke kampung halaman


alhamdulilah selesai dalam perjuang dalam mencari ilmu di bumi %@#$%
dalam semester ini macam pengalaman yang telah aku lalui ada yang baik dan ada yang kurang, ini yang dinamakan lumrah kehidupan. bukan semua yang kita harap tidak semestinya termakbul, maka kita hendaklah bersyukur dan rehda apa yang telah ditakdirkan kepada kita. tiba masa untuk balik jumpa dengan ibu dan ayah yang tersayang tidak lupa dengan sahabat yabg lain.

doakanlah kepulangan anakmu ini selamat sampai ke kampung halaman ye~

Saturday 26 February 2011

kenapa da persengketaan antara kita

tiap kali berlakunya berubah dalam perhubungan mesti kita akan berkata tidak faham dengan sikap kita sedangkan perubahan ini tidak menunjukan yang kita ini tidak menyayangi dirinya itu, mungkin salah faham ini membuatkan hati dan perasaan seseorang menjadi terluka dan kecewa dan hampa dengan apa yang telah berlaku. semoga perselisihan ini dapat diselesaikan dengan segera agar hubungan ini kekal seperti mana kita harapkan..