Wednesday 16 November 2011

blazer oh blazer

buka semester, kawan-kawan sibuk mencari blazer sebab semester ini semua siswa dan siswi kos yang berkaitan dikehendaki memakai blazer, terdapat pelbagai jenis blazer berada di pasaran bagi memenuhi citarasa manusia yang pelbagai. harga blazer ini pelik jugak saya lihat kerana ada sesetengah kedai harganya mahal dan ada yang murah. bagi yang kurang kemampuan bundle menjadi pilihan mereka dalam mendapatkan blazer malah ada dikalangan kawan-kawan menempah blazer tersebut dari tukang jahit yang berpengalaman. bagi saya cukup dengan apa yang ada kerana hidup dalam kesederhanaan ini banyak mengajar kita erti kehidupan. sebelum terlupa, saya merasa janggal kerana terpaksa memakai blazer ke kelas ataupun kuliah, rela ataupun tidak terpaksalah memakai blazer tersebut, kalau tak pakai dimarahi pensyarah pulak kan.. semoga berjaya dengan pembukaan semester baru ini, dan dapat menyiapkan latihan ilmiah anda dengan baik.

No comments:

Post a Comment